Categories
blog

Petua Menjemput Rezeki

Pernah rasa kecewa dan putus asa dalam berniaga? Biasalah, perniagaan ada untung ruginya. Tak semestinya sepanjang hari untung sahaja kan.

 

Ada beberapa tips yang dikongsikan oleh mentor saya berkenaan Petua Menjemput Rezeki.

Pertamanya , jaga hubungan dengan Yang Memberi Rezeki, Ya Razzak.. Bagaimana nak jaga tu?

Jagalah amalan seharian kita, ikut segala perintahNya, tunaikan zakat, berpuasa dan ada rezeki tunaikan haji dan umrah. Dan tinggalkan segala tegahan dan larangan seperti berjudi, pergi ke tempat maksiat dan membazir.

Kedua, bersedekahlah. Setiap hari mesti sedekah seawal subuh lagi. Jadi secara tak langsung, mesti solat di awal waktu , dan berjumpa dengan orang yang positif dengan Allah. Sedekahlah walaupun seringgit.

Ketiga, jaga juga hubungan dengan orang tua. Sentiasa hubungi mereka ketika senang dan susah.

Jenguk-jenguklah mereka sebulan sekali, atau kalau ada kemampuan untuk balik seminggu sekali pun tak apa.

Keempat, banyakkan beristighfar . Antara sebab doa tak dimakbulkan adalah kerana banyaknya dosa kita, sampai hitam legam titik titik dosa pada pandangan Allah. Dengan istighfar ianya akan menghilangkan titik hitam itu dan kita akan lebih tenang.

Kelima, banyakkan amalan sunat untuk melengkapkan amalan wajib. Solat sunat tahajjud, sunat dhuha, sunat witir, sunat wudhu dan sunat qabliah dan ba’diah.

Yang terakhir, keenamnya, berdoalah dan mintalah padaNya dengan sepenuh pengharapan. Jangan takut tak dapat kontrak dari Dato A . Yang memberikan rezeki itu hanyalah dariNya..

 

Wallahualam.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *