Kenshou Relax & Refresh

Relax dan Rehat Kiosk adalah kiosk yang menempatkan kerusi urut.

Ianya adalah satu daripada pilihan pengunjung di pusat membeli belah dan masjid.

Ini adalah disebabkan kerja seharian yang memenatkan, dan tidak cukup rehat, membuatkan badan terasa letih dan lesu.

Oleh kerana kesibukan ini, mereka tidak sempat nak pergi ke SPA ataupun tidak mahu membazirkan duit kerana kos SPA jauh lebih mahal berbanding menggunakan kiosk ini.

Jadi, ini adalah antara produk pilihan dan penyelenggaraan pun sangat mudah. Jika mesin layan diri untuk minuman, sudah pasti ianya perlu diselenggara dan diisi sentiasa minuman. Selain itu adalah penting untuk melihat tarikh luput setiap minuman tersebut.

Jika kerusi urut ini biasanya hampir tiada pelenggaraan yang kerap, melainkan preventive maintenance yang juga pihak Kenshou sediakan sebagai tambahan servis selepas jualan.