Panduan Bisnes Vending Machine

Untuk memulakan satu bisnes vending machine, ada beberapa panduan yang boleh anda ikuti untuk memastikan pulangan yang maksimum dalam pelaburan anda.

  1. Lokasi – kenal pasti lokasi yang mempunyai ramai pengunjung. Apabila ramai pengunjung, sudah tentulah peluang untuk mereka menggunakan vending machine anda sangat tinggi. Contohnya cuba lihat di hospital, atau shopping complex yang mempunyai ramai pengunjung. Mereka akan menggunakan vending machine untuk mendapatkan servis / produk yang mereka inginkan.
  2. Produk/Servis – Kaji keperluan produk ataupun servis di lokasi yang diinginkan. Adalah sukar nak menyatakan, kita boleh tawarkan servis dan produk asalkan ada pengunjung. Kita kena kenal segmen market yang ada di situ , barulah kita tawarkan produk yang menepati kehendak mereka.
  3. Demografi – Demografi ini boleh kita katakan sebagai profil pengunjung di situ. Adakah mereka dari golongan yang sudah berkahwin, ataupun ramai pengunjung di kalangan orang bujang. Dan seterusnya lihat pula kepada tahap pendidikan dan pekerjaan mereka. Ini akan membolehkan kita mensasarkan bisnes kita kepada segmen yang tepat.