Categories
blog

Kisah Pemuda dan Gerai Air Mineral Letak Tabung

Ini kisah benar yang diceritakan oleh seorang rakan dalam bidang Vending Machine. Sebelum ini beliau telah memulakan perniagaan iaitu meletakkan gerai air mineral yang hanya diletakkan tabung.

Potensi perniagaan itu beliau maklum, ada kemungkinan ada yang akan cuba ambil dan tidak membayarnya.

Namun beliau mencubanya, di mana percubaan pertama beliau adalah di sebuah sekolah. Kebetulan cikgu di sekolah tersebut memberitahu hal yang mereka mendapati anak murid di sekolah tersebut sukar nak mendapatkan air putih atau air masak. Jadi tercetuslah idea untuk beliau memulakan perniagaan air mineral tersebut.

Dengan berbekalkan kos sebanyak RM300 sahaja, beliau membuat gerai dan dilengkapi dengan tabung. Syarat pembelian, ambil dan bayar ke dalam tabung sahaja.

Hari pertama beliau mencubanya, air mineral habis terjual. Lalu beliau mengira hasil kutipan. Pada permulaan beliau meletakkan sebanyak 118 botol mineral. Jadi berapa kutipan yang beliau dapat? Ya, beliau mendapat jualan sebanyak RM118 .

Kemudian beliau mula mengorak langkah untuk mencubanya di sekolah lain pula. Akhirnya perniagaan beliau semakin maju.

Tidak hanya di sekolah, beliau juga sudah mula mengorak langkah dan membuka kiosk tersebut di masjid pula. Pun perniagaan beliau terus maju.

Namun siapa sangka, disangkakan hujan hingga ke petang, namun mendung pun mendatang di tengahari.

Suatu hari, beliau mendapat panggilan telefon dari nazir sebuah masjid, yang meminta beliau mengeluarkan kiosk beliau dari masjid dengan alasan ianya merosakkan pemandangan.

Namun, sebenarnya pihak masjid sudah berkira-kira membuat perniagaan mereka sendiri untuk kutipan masjid.

Pihak sekolah juga sudah meniru perniagaan tersebut menyebabkan beliau terduduk seketika. Dan tercari-cari bagaimanakah model perniagaan yang tidak mudah ditiru dan menindas beliau.

Akhirnya beliau pun mula mengorak langkah sebagai usahawan Vending Machine terkemuka di Malaysia dengan lebih 400+ mesin vending adalah dimiliki oleh beliau.

Anda ingin memulakan perniagaan rendah dan persaingan tinggi, atau perniagaan kos tinggi tetapi persaingan rendah? Anda pilih, itulah pilihan anda.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *