Categories
Uncategorized

Bagaimana Untuk Mengurus Dan Servis Vending Machine @ Mesin Layan Diri

Bagaimana Untuk Mengurus Dan Servis Vending Machine @ Mesin Layan Diri

Apabila segala tekanan, kerja keras untuk mencari, mendapatkan dan menentukan lokasi untuk vending machine atau mesin layan diri anda sudah selesai, anda hanya perlu menunggu untuk pendapatan jangka masa panjang masuk poket anda. Hanya servis dan pengurusan yang diperlukan untuk vending machine anda berjalan dengan lancar, dan memastikan anda berjaya dalam perniagaan mesin layan diri.

Masa Adalah Segalanya

Melainkan mesin layan diri anda terlalu bagus, atau mempunyai kualiti unik yang diperlukan, anda tidak perlu servis vending machine anda setiap hari, atau tertalu kerap. Ia hanya membazir masa anda yang mana boleh diluangkan di tempat lain. Anggap sahaja ianya tidak ideal untuk sentiasa servis mesin layan diri anda. Jika pelanggan lihat anda sentiasa servis mesin layan diri anda, pasti mereka kurang tertarik dengan vending machine anda. Apa yang perlu dilakukan ialah, mengetahui masa yang tepat untuk servis dan pastikan stok produk dalam mesin layan diri anda sentiasa ada. Selain itu, lawatan pertama atau kedua haruslah selepas 1 atau 2 minggu bergantung kepada jenis vending machine anda dan lawatan seterusnya pada permulaan bulan ke dua. Setelah anda ketahui kadar jualan, penambah baik peralatan, dan hal dalaman yang lain, anda boleh jangka masa yang sesuai untuk servis mesin layan diri anda. Untuk kebanyakan mesin layan diri, sebulan yang pertama adalah masa yang sesuai. Hal ini mungkin kerana produk yang tamat tempoh, dan tiada siapa tahu apa yang berlaku selepas sebulan mesin layan diri anda beroperasi. Jika anda masih ragu-ragu, anda boleh mengira tarikh yang sesuai. Sebagai contoh, jangkaan anda adalah pada hari ke 25. Mungkin anda boleh datang awal pada hari ke 20 – 23 hanya untuk kepastian. Jika sudah dipastikan, anda boleh datang awal atau lewat daripada hari ke 25, bergantung kepada berapa kerap anda perlu mengisi produk dalam mesin layan diri. Jika segalanya berjalan lancar, buatkan satu jadual untuk mengisi dan servis vending machine atau mesin layan diri anda.

Servis

Fokus kepada mengisi dan mengambil wang jualan daripada vending machine atau mesin layan diri anda. Tiada apa yang sukar dalam hal ini. Selagi anda membawa barang yang perlu, anda masuk dengan senyuman. Ia membuat anda selesa dan membantu berkomunikasi dengan pekerja dalam setiap kawasan. Oleh itu, servis sepatutnya berjalan lancar tanpa masalah. Pastikan barangan ini sentiasa ada dengan anda:-

  • Kunci vending machine atau mesin layan diri
  • Tablet/ fail untuk merekod jualan dan peralatan
  • Produk untuk mengisi ke dalam vending machine anda
  • Beg atau zip-lock untuk wang kertas, syiling
  • Bahan cucian
  • Tuala kertas untuk lap
  • Alat gantian
  • Perengkuh, skru-driver, dan alat lain untuk pembaikian
  • Tong atau bekas untuk meletak bahan @ produk yang tamat tempoh

 

Pengurusan @ Baik pulih

Peratus untuk vending machine atau mesin layan diri anda rosak amatlah sedikit. Namun begitu, jika bekalan elektrik terputus, yang mana bukan dalam bidang anda, dan jika bekalan elektrik tidak sampai kepada vending machine, anda boleh menghubungi juruteknik untuk membantu anda. Semua masalah boleh disemak dengan sendiri.

Ambil syiling @ wang, depositkan ke dalam vending machine anda. Adakah mesin layan diri anda menerima syiling @ wang dengan baik? Jika vending machine anda mempunyai knob untuk mengembalikan syiling @ wang, adakah ia berfungsi dengan baik? Adakah mesin layan diri anda member apa yang anda beli? Adakah fungsi deposit tidak berfungsi dengan lancar? Catat segala yang anda lakukan, atau jika berlaku masalah. Tips ini merupakan cara terbaik untuk mengenali vending machine mesin layan diri anda untuk mengetahui adakah vending machine mesin layan diri anda berfungsi dengan baik atau berlaku sebarang masalah. Beberapa masalah boleh dibaiki dengan hanya mengetatkan atau melonggarkan skru atau bolt, roda, atau alatan mekanikal lain. Dalam kes ini, sediakan minyak pelincir dan perengkuh dalam persiapan anda. Oleh itu, masalah ini boleh dibaiki dengan cepat dan langsung. Jika berlaku sebarang kerosakan, terlebih guna, atau keretakan, maka anda perlu menukar bahagian tersebut. Kebanyakan bahagian mesin layan diri mudah didapati daripada pembekal vending machine. Pastikan anda buat kajian terlebih dahulu sama ada berbaloi untuk menukar bahagian tersebut sebelum membeli. Jika kerosakan tersebut terlalu kerap berlaku, maka lebih baik anda membeli mesin layan diri yang baru dan vending machine yang lama itu boleh disimpan atau dijual. Semasa proses pembelian alat ganti, pastikan anda menampal stiker atau notis pada vending machine layan diri anda yang menyatakan bahawa mesin rosak atau bermasalah. Hal ini kerana, proses membeli alat ganti memakan masa yang lama, tapi anda harus berusaha untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin , bukan hanya untuk mengekalkan jualan, tapi untuk mengekalkan jumlah pelanggan anda. jika pelanggan anda terlalu kerap melalui kawasan vending machine anda dan mendapati bahawa mesin layan diri anda rosak, maka mereka akan kurang minat untuk menggunakan mesin layan diri anda. Anda juga boleh meninggalkan nombor telefon anda pada mesin layan diri tersebut, maka jika berlaku sebarang masalah, pelanggan boleh terus menghubungi anda.

 

Mencuci

Langkah yang paling penting semasa pengurusan dan servis mesin layan diri dijalankan ialah, pastikan vending machine anda bersih dan rapi. Ia akan menarik perhatian dan minat pelanggan untuk singgah dan membeli daripada vending machine mesin layan diri anda. Gunakan spray penyuci dan lap mesin anda hingga bersih. Pastikan kotoran tertanggal dan mesin layan diri anda tidak melekit. Lapkan dan biarkan ia berkilat seperti baru. Anda tidak perlu risau untuk membersihkan bahagian dalaman mesin layan diri kerana vending machine mesin layan diri yang bagus amat kedap dan sukar untuk tercemar daripada dalam. Jika anda mahu membersihkan bahagian dalaman, lakukanlah semasa proses servis dijalankan.

 

Keselamatan

Kekal selamat ialah kunci utama kejayaan perniagaan vending machine atau mesin layan diri anda. Dalam hal ini, terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan. Pertama, pastikan ianya senang dan mesra-kawan kepada pemilik lokasi vending machine atau mesin layan diri anda. Jika terlalu kerap berkunjung ke lokasi tersebut mungkin akan menjejaskan hubungan anda dan pemilik lokasi tersebut. Sebagai penyelesaian, anda boleh berkunjung sekali seminggu pada waktu petang. Elakkan berkunjung pada hari dan waktu yang sama berulang-ulang kerana mungkin akan ada yang memerhatikan anda berjalan dengan wang yang banyak. Kemungkinan untuk anda dirompak amat tinggi.

Anda juga perlu memastikan keselamatan vending machine atau mesin layan diri anda. pastikan anda mempunyai ‘lock’ yang bagus. Akan ada individu yang cuba untuk mengambil hasil jualan vending machine anda. Akan tetapi, jika risiko untuk perkara sebegini terjadi, atau mesin layan diri anda mengalami vandalisma atau kerosakan, maka perkara terbaik yang perlu anda lakukan ialah memindah vending machine mesin layan diri anda ke lokasi yang lain.

 

Sebarang Pertanyaan Mengenai Vending Machine Atau Mesin Layan Diri Anda Bolehlah :-

wp69b3df95

Apa Lagi Jom PM Kami di “Kenshou Vending” Malaysia No.1 Vending Machine Operator & Supplier Sejak Tahun 2009 Kami Juga Membekalkan ;-

  1. Vending Machine Cup H0t & Cold Drink RM1 Secawan
  2. Vending Machine Kerusi Urut , RM1 = 3 Minit Urut
  3. Vending Mesin Air Tin Sejuk, ( Boleh Jual Pelbagai Air Tin & Botol )
  4. Vending Mesin Washing Machine ( Dobi layan diri mampumilik )
  5. Vending Mesin Air Tapisan ( Mesin Jual Air Tapisan Jual 10 sen = 1 Liter )

WhatApps HotlineTo Kenshou Vending Crew : Nazmi   010 231 7188

HQ kami di Pusat Perdagangan Plaza Azalea, Persiaran Bandaraya , 40000, Shah Alam, Selangor( Sila Set Appointment Dengan Crew Kami Terlebih Dahulu )

Showroom & Kilang Di: Kenshou Vending Supplies,Block Suria AIndustrial Lot, Jalan TBP 1,Off Jalan Batu 3 Lama,47500 Subang Jaya, Selangor ( Bersebelahan Kilang Gula CSR Batu 3, Waze je copy link ni https://waze.to/lr/hw281qyxtn )

Atau Pilih Mesin Layan Diri Anda Disini .. Klik link ini :-  http://bit.ly/1KhmoK1

Tak sabar nak tahu , Nak Quotation Cepat! Special  Promo! Dapatkan Katalog klik di link inihttp://goo.gl/NRTGTM

Lalau nak PM kami Di facebook  Kami klik Link ini Facebook.com/vendingexpert atau link http://m.me/VendingExpert

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *